Hidup adalah tentang pilihan. Bukannya pilihan utk hidup atau mati.. tapi pilihan bagaimana kita nak mengharungi hidup ini. Memang benar Allah itu maha berkuasa.. Dia yang berhak utk menentukan perjalanan hidup kita. Tapi kita kena ingat Allah itu Maha Adil dan Pengasih..
Kalau kita memenuhi semua suruhan-Nya, tentulah Allah akan berlaku adil dan memberi balasan yang baik, insya'Allah.
Aku masih ingat dulu, bila aku memilih utk menamatkan zaman solo ku, emak bertanya betulkah ini pilihan aku.. tak menyesal ke nanti?.. aku jawab, aku hanya berserah, hadapi saja segala apa yg mungkin terjadi di masa depan. Aku set my mind macam tu. Lelah fikiran klu nak difikirkan cabaran yang bakal dihadapi. Emak setuju dengan jawapan aku. Tentulah emak risau.. aku akan berkahwin dengan duda anak dua. Ditambah pulak bekas isterinya masih menaruh harapan utk hidup bersama lagi!
Bila aku memberi jawapan itu sebenarnya aku sudah memilih utk tidak mahu memikirkan kemungkinan yang terjadi. Apapun kemungkinannya aku akan hadapi hanya bila perkara itu terjadi. Aku memilih utk tidak memberatkan fikiran dan menyesakkan dadaku dengan sesuatu yg blm pasti terjadi. Itu pilihanku!
Seperti dijangkakan cabaran pasti datang bila berkahwin dengan duda ni. Walaupun anak2 dibela oleh bekas isteri, tp cabaran tetap ada terutamanya tentang hubungan aku dgn anak2. Tentulah susah utk mereka terima aku dlm hidup dorang (masa kecik2 dulu ok, cuma sejak dah besar ni agaknya asyik dimomokkan citer tak baik oleh ibu/emak saudara dorang). Sedari awal aku memilih utk tidak cuba menggantikan tempat ibu dorang.. klu boleh biar dorang anggap aku seperti kawan. Boleh berkongsi pengalaman. Tp it wasn't turn out that way.. at least sehingga sekarang. Sebenarnya aku cuba utk inspire dorang supaya lebih fokus pada pelajaran.. penting utk mereka success in education supaya lebih mudah utk mereka membuat pilihan di masa depan... tp rasanya dorang still anggap aku sebagai intruder. Dgn keadaan sebegitu, aku memilih utk tidak membebankan diri aku dgn memikirkan semua tu. Hidup diteruskan seperti biasa!
Aku memang ditakdirkan utk tidak mempunyai zuriat sendiri (at least sehingga setakat ni!).. walaupun aku pernah menangis bila dikhabarkan berita itu masa zaman masih belajar dulu.. lama sebelum kenal hubby, tapi selepas itu aku memilih utk tidak terus bermurung atau menangisi nasib diri. Begitu juga selepas melakukan thorough investigation dengan specialist (Prof. Puan Sri Nafisah Adeeb dan pakar2 lain di HUKM) dan dinasihatkan untuk consider for adoption instead undergone procedures which does not guarantee any postive outcome, aku terus memilih utk redha dengan ujian ini dan bersyukur sekurang2nya aku tiada tekanan utk memiliki anak sendiri sebab aku dikurniakan Allah utk bersuamikan duda anak dua. Bukankah Allah itu maha adil?
Oleh itu aku memilih menghambakan diri dalam memenuhi tuntutan Allah yang lain.. spt berbakti pada suami, ibubapa serta adik2 dan anak saudara aku. Juga tidak lupa berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.. dengan caraku. Sebagai contoh, aku akan pastikan menghulur bantuan kepada ibubapaku setiap bulan (sama spt org lain) walaupun ada masanya aku juga perlukan wang utk urusan2 yg tidak terjangka. Aku juga biasa membeli dr org yg berjualan tanpa perlu tawar-menawar atau memikirkan apakah keperluan membeli jualan mereka kerana aku tahu itulah caranya aku berbakti kpd mereka yg susah. Padaku adalah lebih baik menyokong usaha mereka dari memberi kpd peminta sedekah yg mungkin hanya berselindung dibalik pakaian comot!
Aku juga memilih utk tidak menyimpan perasaan cemburu pada hubby.. walau ramai perempuan yg berkata kita patut ada sedikit perasaan cemburu kerana kononnya itu tanda sayang. Ye, aku sgt sayangkan hubby.. teramat. Tp rasa cemburu tu padaku boleh mengganggu hubungan.. dan paling penting mengganggu fikiran. Caraku.. aku tahu akan kelemahan diri. AKu boleh menjadi sgt cemburu.. dan tidak kuat utk menhadapi ujian sebegitu. Jadi aku memilih utk mengabaikan perasaan cemburu klu sekalipun ia melintas di benak dadaku. Pasrah dan hadapi situasi tu klu ia benar2 terjadi. Alhamdullillah setakat ni rumahtangga kami tak pernah dilambung badai akibat org ketiga atau rasa cemburu yg tidak berasas. Bukan tak pernah timbul situasi yg boleh menimbulkan perasaan cemburu terjadi.. sebagai contoh bila bekas isteri spt menggoda utk cuba berbaik dgn hubby.. atau ketika ada seorang janda yg suka mengekori hubby ketika berniaga sambilan di Melaka dulu (bayangkan aku di KL, hubby di Melaka.. bila balik weekends ternampak perempuan yg dok ikut suami kita).. mujur aku memilih utk membuang perasaan cemburu dan abaikan saja.
Cukup setakat ini.. nanti sambung lagi dlm edisi lain.
cikepon
-
This post has been drafted for quite sometime. I can't remember what story
i wanted to tell. I uploaded the photos thinking that i'll come back but i
forg...
9 years ago